Tuesday 27 December 2011

berbanggalah kamu wahai wanita..

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang..


"sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.
ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita.
betapa bertuahnya menjadi wanita.
bersyukurlah kerana menjadi wanita.."


semangat aku nak tulis entry tentang wanita nieyh..hehe..
aku selalu dengar orang kata susah sangat jadi perempuan
yela kan..,
nak kena tutup aurat.,jaga tingkah laku..kena kemas rumah.,
macam2la perempuan kena buat..
memang `jealous` sgt dekat lelaki..,rilex je..haha
sedar tak yang perempuan nie banyak kelebihan die..,
kita je yang tak ambil tahu..,
oke sekarang aku cite apa kelebihan menjadi seorang perempuan..
lelaki jangan `jealous` tau..hehe.,

1.doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana lebih penyayang dari lelaki
sabda Rasulullah : "ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia2.."

2.wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang tidak soleh

3.seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali

4.seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh

5.sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya,maka darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH s.w.t. dan orang yang takutkan ALLAH s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya

6.sesiapa yang membawa makanan untuk keluarganya,maka pahalanya sama seperti bersedekah .hendaklah mendahulukan anak perempuannya daripada anak lelakinya.maka sesiapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s

7.sabda Rasulullah s.a.w. : "wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku di dalm syurga..."

8.sesiapa yang bersikap ihsan dan mendidik anak perempuannya atau saudara perempuannya dengan penuh rasa taqwa dan tanggungjawabnya maka baginya adalah syurga.

9.daripada Aisyah r.a : "sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya ,lalu die berbuat baik kepada mereka,maka mereka kan menjadi penghalang baginya daripada api neraka

10.apabila dua orang ibubapamu memanggilmu maka jawablah panggilan ibumu dahulu

11.seorang wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga .masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab..

12.apabila seorang wanita hamil,maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah s.w.t. akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

13.2 rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil

14.wanita yang hamil akan mendapat pahala puasa pada siang hari

15.wanita yang hamil kan mendapat pahala ibadat di malam hari

16.apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin,maka ALLAH s.w.t. akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan ALLAH

17.apabila seorang wanita melahirkan anak,keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan

18.sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin dia akan dikira sebagai mati syahid.

19.seorang wanita yang menyusukan anaknya dengan susunya sendiri akan mendapat satu pahala dari setiap titis susu yang diberikannya

20.seseorang wanita yang menguli tepung dengan mambaca 'BISMILLAH' maka rezekinya akan diberkati ALLAH s.w.t.


hurm..,cane.? banyakkan kelebihan jadi perempuan 
aku tulis 20 je.,ada banyak lagi..tak larat..
so.,jangan nak mengeluh lagi..
ALLAH sayang kita sebab tu ALLAH bagi banyak pantang larang dekat perempuan..
kalau nak tau banyak lagi tentang perempuan belilah buku 
" riwayat bidadari syurga "
dalam tu banyak cerita tentang srikandi2 Islam
kalau kita mampu beli berpuluh-puluh novel
takkan buku yang harga RM 25.90 pown x mampu..
tak rugi kan kita beli buku nie..
pergi popular cari tau..hehe..
sampai sini saje ..wassalam..^_^..




p/s : mak aku kata perempuan tak payah susah2 cari jodoh , sebab perigi tak mencari timba kan..,,haha  


sumber : riwayat bidadari syurga (hijjaz record publishing)..


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.