Friday, 16 December 2011

ALLAH maha adil



dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang

kaifahalukum..? alhamdulillah kalau korang semua sihat..
hari nie emm., nak cakap sikit je..
nak tanya . pernah rasa diuji tak .?
mesti semua orang atas dunia nie pernah diuji .
tak kisahla ujian tu berat ke ringan ke . tapi yang pasti ada .
kalau kita diuji , ingat .! jangan sesekali putus asa dan hilang kebergantungan kepada ALLAH
putus asa tu pintu kekufuran . ALLAH  tak suka orang yang berputus asa .
sekarang ini , ramai orang bila dia ditimpa kesusahan , kadang2 die lupe ALLAH .
dia lupa yang ALLAH sentiasa dengar rintihan hamba2-Nya .
kita selalu kata , "ya ALLAH kenapalah benda nie jadi kat aku.?"
pernah tak korang fikir yang ALLAH tu maha adil .
ALLAH takkan bagi sesuatu ujian tu kalau ALLAH tahu hamba-Nya tak kuat nak tempuh .
sesuatu benda yang jadi kat kita tuh , ALLAH tahu kite kuat nak hadapi semua tuh .
ALLAH nak hamba-Nya memohon bantuan daripada-Nya .
kalau kita selalu doa tapi tak makbul2 jugak , jangan sesekali putus harap .!
ALLAH suka dengar suara hamba-Nya yang terus-menerus meminta daripada-Nya ..
kalau kita rasa gelisah , kita rasa susah ,
bukankah dengan mengingati ALLAH hati kan menjadi tenang .?
bila kita dapat sesuatu benda yang seronok kita lupa kat ALLAH
bila kita susah , barula sibuk2 nak minta tolong kat ALLAH
heish mane boleh macam tu kan . 
kalau kita pown kita tak suke kalau seseorang tu minta tolong kita waktu die susah je ..
so , wahai readers sekalian jomlah kita sama2 insafi diri dan cuba bergerak ke arah kebaikan
mungkin kita tak nampak hebat di depan kawan2 kita , 
tapi kita cuba tunjukkan yang diri kita nie hebat di hadapan ALLAH .
sekarang nie kita sibuk kejar dunia .
kita lupa amanah yang ALLAH bagi kat kita
kita telah dilantik oleh ALLAH untuk jadi khalifah di muka bumi ini .
jangan lupe tuh ..!
ingat pesanan aku nie . jangan sesekali putus harap kepada ALLAH dan selalu ingat yang kita ini dilantik sebagai khalifah di muka bumi nie .
kalau kita datang kepada ALLAH  secara berjalan tapi ALLAH datang kat kita secara berlari .
ALLAH masih beri peluang kat kita nie untuk bertaubat sebab tu ALLAH masih bagi kita kesempatan untuk menikmati segala nikmat-Nya ..




p/s : marilah kita bersama-sama berjuang menegakkan agama suci ALLAH ..!

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.